Eksistensi.

Aim aku nak duduk sorang sorang. Tinggal rumah sorang sorang, dekat tempat yang orang taktahu. Aku penat bila orang ambil tahu pasal aku, sebab benda tu akan buatkan aku lagi care dengan diorang, dan terlebih berharap. Formula mudahnya macam nilah, kau tak kisah pasal aku, jadi aku tak kisah pasal kau.

Semua orang ada sisi dia yang tersembunyi; yang banyak. Dan aku takut pada manusia yang macam tu. Yang banyak sisi, sebab kau tak tahu mana satu diri dia yang sebenarnya. Aku punya banyak sisi yang aku tunjuk pada lain-lain orang; dan ya, aku takut dengan diri sendiri.

Makin lama aku cuba mencari diri sendiri, aku jadi makin sesat, makin tak jumpa jalan, hilang arah. Mungkin aku patut belajar mencari Tuhan dulu. Tapi Tuhan tak perlu cari, Dia ada. Makin lama aku cuba mencari apa erti aku hidup, makin aku menjadi transparent. Aku jumpa sebab kenapa aku tak perlu hidup atas muka bumi ni; sebab takkan ada siapa yang ambil peduli. Aku ada atau takde, hidup orang lain akan kekal sama. Dan dari situ aku meragui kewujudan aku dalam hidup orang lain.

Macam mana kalau selama ini aku gagahkan diri untuk tayang bukti aku masih hidup dan ada dan wujud untuk orang lain tapi sebenarnya tempat aku tak pernah ada? Macam gas particles; ada, tapi tak fixed. Selalu bergerak ke mana-mana. Wujud, tapi kita tak nampak. Rasa, tapi tak boleh sentuh.

Tuhan nak tunjuk apa pada aku? Entahlah. Aku masih meminta dan mencari jawapan tapi Dia kata belum. Bertahun aku bertanya kenapa. Kenapa aku wujud kalau aku cuma tahu sakitkan diri sendiri? Kenapa aku wujud kalau orang lain tak peduli? Kenapa perlu aku hidup dalam situasi yang aku tak mahu? Kenapa tidak Kau beri ruang pada aku untuk lari bila pressure sedang tinggi?

Bercakap soal sisi manusia yang banyak: dan aku yakin kau pun sama. Aku bukannya jenis yang open-up. Kalau kau tanya, aku cerita. Kalau tidak, diam. Aku takut, bila aku terlalu percaya, aku terlebih pengharapan. Dan manusia semuanya penipu. Aku end up breaking my own heart. Bodoh.

Aku tunjuk diri aku sikit demi sikit biar kau tak takut dan terkejut, bila kau dapat tahu gila aku macam mana, aku yakin yang kau pun akan berdoa siang malam bertanya pada Tuhan dengan kesialan apakah salah kau sampai perlu kau kenal aku dalam hidup kau. Biar kau sedia untuk tahu yang kau fikir kau kenal aku siapa, tapi kau salah. Dan biar aku uji kau - adakah kau memang mampu menerima seseorang baik buruknya tanpa menutup mata, kau masih nampak cahaya.

Hari ini, aku doa semua orang mampu bahagia tanpa derita, tanpa aku dalam hidup sesiapa.

Comments

Popular posts from this blog

Read.

Do Not Regret